Thursday 28 July 2011

Sejarah Sekolah.



Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Beremban Panjang dan diasaskan pada tahun 1906 atas daya usaha penduduk setempat ketika itu. Lokasi asal sekolah ini adalah di tepi Sungai Perak kira-kira 30 km dari kuala Sungai Perak. Bangunannya deperbuat daripada kayu tempatan dengan cara gotong-royong penduduk setempat yang dipelopori oleh Tok Sidang pada ketika itu iaitu En Muhammad.Guru Besar pertama ialah En Zainal Abidin Bin Aris dan jumlah muird pada masa itu hanya lebih kurang 30 orang sahaja.

Pada tahun 1919, bilangan murid bertambah seramai 46 orang. Beberapa tahun kemuadian sekolah ini dipindahkan ke tapak yang ada sekarang disebabkan oleh hakisan sungai sering terjadi di tapak asal tersebut.

Bangunan baru ini pada mulanya dibuat secara gotong-royong dengan beratapkan nipah dan bertiang nibong. Kemudian sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Tanah Lalang. Pada tahun 1955, bangunan sekolah ini telah roboh akibat angin ribut. Selepas itu, kerajaan telah membina sebuah bangunan baru iaitu bangunan papan dan beratapkan zink serta dua buah rumah guru.Dalam tahun 1976 sebuah bangunan dua tingkat telah dibina dan telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Allahyarham Dato’ Seri Mohd. Ghazali bin Haji Jawi, Menteri Besar Perak pada masa itu. Pada tahun 1977 sebuah bangunan lagi telah dibina. Manakala pada tahun 2002 pula sebuah lagi bangunan tambahan telah dibina untuk dijadikan bilik computer. Dalam tahun 2002 juga Sekolah Kebangsaan Tanah Lalang telah digredkan kepada sekilah gred A.

No comments:

Post a Comment