Monday 30 March 2015

SK Tanah Lalang Bagan Datoh bersama KGGMB Perak Selatan telah menganjurkan Kem Motivasi dan Daurah Sahsiah di PLGDP Sungai Buluh bermula 28 hingga 29 Mac 2015. Sebanyak 15 buah sekolah telah terlibat dengan peserta berjumlah 89 orang. Pihak sekolah dan Kesatuan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut khususnya guru-guru SKTL dan guru-guru sekolah lain yang turut serta.  Tanpa sokongan padu daripada semua pihak, pasti program ini tidak akan berjaya.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada guru-guru SKTL yang telah bermalam bersama murid-murid di PLGDP. Begitu juga kerjasama yang telah ditunjukkan oleh Guru Kanan Pentadbiran SK Sungai Dulang Dalam yang sanggup membantu mengurus dan turut bermalam bagi memastikan keselamatan para peserta.

Tidak ketinggalan juga kepada semua yang telah membantu dengan sepenuh tenaga seperti bahagian makanan yang sanggup menyediakan makan untuk 89 orang peserta dan 20 orang urusetia.

Terima kasih kepada semua kru senamrobik yang begitu menarik dan bersemangat. Terima kasih kepada jawatankuasa majlis penutup, sijil, hadiah, cenderamata, pengurusan murid, penginapan, keselamatan dan semua sekali.

Tidak ketinggalan kepada kem komandan iaitu saudara Mohd Sabri Tajuddin yang bersuara lantang untuk memastikan perjalanan proram teratur. Kem komandan yang terbaik. Kepada semua yang terlibat sama ada nampak atau tidak, Allah akan membalas segala jasa kalian. Terima kasih.