Mohon Dana: Pembinaan Surau Al Munawwarah


Pengenalan

Sekolah Kebangsaan Tanah Lalang (SKTL) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Kampung Tanah Lalang, Bagan Datoh Perak. Jumlah keseluruhan pelajar  ialah sebanyak 131 orang murid dan semua beragama Islam. Oleh yang demikian, timbul keperluan kepada sebuah tempat ibadat untuk kegunaan menjalankan aktiviti Agama dan J-Qaf. Buat masa sekarang, surau hanyalah sebuah bilik darjah yang kecil dan tidak mampu menampung pelajar yang ramai. Melihat  kepada perlunya sebuah tempat ibadah yang khusus dan selesa kepada semua pelajar, satu jawatankuasa bertindak dilantik khusus bagi maksud mewujudkan sebuah surau baru khas di dalam kawasan sekolah ini. Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan sebuah tempat beribadah seperti surau yang sesuai bagi membangun dan menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi tunjang dan pedoman hidup pelajar Islam di sekolah ini. Kewujudannya juga akan menarik dan menggalakkan individu Islam ke arah mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk dan membina akhlak yang baik.


Pembinaan Surau

Kebenaran merancang dan membina Surau Kekal di dalam Sekolah Kebangsaan Tanah Lalang telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan. Bangunan Surau ini akan dilengkapi dengan ruang solat dan utiliti asas seperti tempat wuduk dan tandas. Buat masa ini, dana yang terkumpul melalui sumbangan orang ramai belum mencukupi untuk memulakan pembinaan surau ini. Secara keseluruhannya, kos pembinaan Surau ini dianggarkan sebanyak RM 150, 000.00. Jawatankuasa Pembinaan Surau Al Munawwarah masih berusaha mengumpulkan dana bagi memastikan pembinaan Surau ini berjaya dan dapat dilengkapi dengan kemudahan asas. 
Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk DERMA secara BANK TRANSFER, ONLINE BANK IN, CEK, KIRIMAN WANG atas nama PIBG SEK KEB TANAH LALANG ( No. Akaun : 0810029000002333 , BANK SIMPANAN NASIONAL )
 SEGALA PERTANYAAN DAN KEMUSYKILAN, SILA HUBUNGI PEJABAT SEKOLAH DI TALIAN : 05-6487376 .

KELULUSAN MEMBINA SURAU DARI MPTI

KELULUSAN KUTIPAN DERMA DARI JPN PERAK


PELAN SURAU AL MUNAWWARAH

9 comments:

  1. Dana Terkumpul Mencecah RM 10,000

    ReplyDelete
  2. Mohon bantuan penderma mulia di luar sana untuk menyumbang sehingga dana mencapai RM 20, 000 supaya kerja-kerja memasang cerucuk dapat dijalankan sebelum bulan Ogos ini. Oleh itu, kerja-kerja awal pembinaan perlu dilakukan segera supaya pihak Jawatankuasa Pembinaan tidak lagi perlu memohon tempoh baru dari Majlis Perbandaran Teluk Intan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah dan terima kasih kepada semua penderma di luar sana yang seikhlas hati menderma dan berzakat. Dana terkumpul telah mencecah RM 15 000.00 . Moga Allah menerima amalan anda sekalian dan diberi ganjaran dari Nya.

    ReplyDelete
  4. Syukur, dana terkumpul telah mencecah RM 25k. moga segala kebaikan anda semua diberi barakah oleh Allah.

    ReplyDelete
  5. Untuk makluman pihak penderma, pembinaan surau masih belum dilaksanakan memandangkan wang terkumpul belu mencukupi untuk melancarkan pembinaan surau ini. Pihak jawatankuasa pembinaan surau masih menunggu dan dari Kerajaan Negeri Perak.

    ReplyDelete
  6. Pihak Jawatankuasa Pembinaan Surau telah memohon kebenaran melanjutkan tempoh pembinaan surau dari Pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan. Doakan supaya urusan pembinaan surau akan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  7. SETAKAT BULAN OGOS 2014
    KUTIPAN SUDAH MENCECAH 43K
    PROJEK AKAN BERMULA SELEPAS UPSR

    ReplyDelete
  8. Makluman: Akaun pembinaan surau sekolah telah dipinda ke akaun baru iaitu menggunakan akaun PIBG sekolah. Semoga kalian beroleh keberkatan dari Allah.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah. setakat ini kerja-kerja sedang dilngsungkan...

    ReplyDelete