Tuesday 5 March 2013

Pencapaian Di Kejohanan Olahraga Kelompok 6



Aktiviti : Kejohanan Olahraga Kelompok 6 Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak
Pencapain : 8 Emas, 4 Perak dan 3 Gangsa
Tarikh : 27 Februari 2013 (Rabu)
Tempat : Padang SK Simpang Empat






Pembinaan Surau Baru SKTL


Pengenalan

Sekolah Kebangsaan Tanah Lalang (SKTL) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Kampung Tanah Lalang, Bagan Datoh Perak. Jumlah keseluruhan pelajar  ialah sebanyak 131 orang murid dan semua beragama Islam. Oleh yang demikian, timbul keperluan kepada sebuah tempat ibadat untuk kegunaan menjalankan aktiviti Agama dan J-Qaf. Buat masa sekarang, surau hanyalah sebuah bilik darjah yang kecil dan tidak mampu menampung pelajar yang ramai. Melihat  kepada perlunya sebuah tempat ibadah yang khusus dan selesa kepada semua pelajar, satu jawatankuasa bertindak dilantik khusus bagi maksud mewujudkan sebuah surau baru khas di dalam kawasan sekolah ini. Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan sebuah tempat beribadah seperti surau yang sesuai bagi membangun dan menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi tunjang dan pedoman hidup pelajar Islam di sekolah ini. Kewujudannya juga akan menarik dan menggalakkan individu Islam ke arah mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk dan membina akhlak yang baik.


Pembinaan Surau

Kebenaran merancang dan membina Surau Kekal di dalam Sekolah Kebangsaan Tanah Lalang telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan. Bangunan Surau ini akan dilengkapi dengan ruang solat dan utiliti asas seperti tempat wuduk dan tandas. Buat masa ini, dana yang terkumpul melalui sumbangan orang ramai belum mencukupi untuk memulakan pembinaan surau ini. Secara keseluruhannya, kos pembinaan Surau ini dianggarkan sebanyak RM 80, 000.00. Jawatankuasa Pembinaan Surau Al Munawwarah masih berusaha mengumpulkan dana bagi memastikan pembinaan Surau ini berjaya dan dapat dilengkapi dengan kemudahan asas. 
Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk DERMA secara BANK TRANSFER, ONLINE BANK IN, CEK, KIRIMAN WANG atas nama JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU SK TANAH LALANG ( No. Akaun : 1-58208-0002991-3 , RHB ISLAMIC BANK BERHAD)