Wednesday, 29 February 2012
Tuesday, 21 February 2012
Kejayaan...
Setinggi ucapan tahniah kepada wakil peserta dari Sk Tanah Lalang yang telah berjaya menggondol 3 pingat emas, 4 perak dan 3 gangsa dalam Kejohanan Olahraga Kelompok 6 yang lalu. Hasil usaha yang berterusan telah membuahkan hasil yang membanggakan. Diharap agar pada tahun hadapan setiap acara yang dipertandingkan dapat disertai oleh peserta dari SKTL.
Saturday, 4 February 2012
RPH KSSR DSV
CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL – Dunia Seni Visual (Tahun 1)
Mata Pelajaran dan Kelas | : | Dunia Seni Visual (1 Cerdas) |
Bidang | : | Menggambar : Lukisan |
Tema dan Tajuk | : | Alam Benda : Rumah |
Masa | : | 60 minit |
Standard Pembelajaran | : | 1.1 Persepsi Estetik 1.1.1 Unsur Seni 1.1.1.1, 1.1.1.2, 1.1.1.3 1.1.2 Prinsip Rekaan 1.1.2.1 1.2 Aplikasi Seni 1.2.1 Media 1.3 Ekspresi Kreatif 1.3.1, 1.3.2 1.4 Apresiasi Seni 1.4.1, 1.4.2, 1.4.3 |
Objektif Pembelajaran | : | Pada akhir pembelajaran murid dapat: 1. Memahami dan menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam lukisan. 2. Menghasilkan lukisan yang baik dan menarik menggunakan media yang betul. 3. Membuat apresiasi berpandukan bahasa seni visual yang telah dipelajari. |
Aktiviti P&P | : | 1. Murid membuat penerokaan jenis-jenis garisan menggunakan media yang ditetapkan. 2. Murid menghasilkan lukisan menggunakan garisan selari dan melengkung. 3. Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan dan menceritakan pengalaman mereka ketika melakukan aktiviti. |
EMK | : | Kreativiti, keusahawanan, nilai murni |
Bahan Bantu Mengajar | : | 1. Contoh : garisan, rupa, lukisan (garisan), dan gambar rumah 2. Media : Kertas lukisan, pensel warna, pensel HB, dan pensel 2B |
Penilaian P&P | : | 1. Proses kerja semasa membuat penerokaan dan penghasilan lukisan |
Refleksi | : | Pada akhir pembelajaran: 1. 40 daripada 45 orang murid dapat mengenal dan menggunakan bahasa seni visual dalam lukisan yang dihasilkan dengan menggunakan media yang ditetapkan. 2. 40 daripada 45 orang murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual yang dipelajari. 3. Bagi murid yang tidak mencapai objektif, bimbingan khas akan diberi dalam sesi pembelajaran yang akan datang. |
RPH KSSR TMK
Contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
Mata Pelajaran dan Kelas: | Dunia Sains dan Teknologi – Elemen TMK Tahun 2 Amal |
Tema /Tajuk: | Tiada |
Masa: | 10.00 – 11.00 pagi (60 minit) |
Standard Pembelajaran: | 1.4 dan 4.1 |
Objektif Pembelajaran: | Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat berkomunikasi melalui e-mel dengan mengamalkan etika penggunaan kata laluan dan teks. |
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran: |
|
Elemen Merentas Kurikulum (EMK): | 1. Bahasa: Menggunakan laras bahasa yang sopan semasa berkomunikasi. 2. Kreativiti: Memanipulasi pelbagai warna dan saiz fon pada teks e-mel mengikut kreativiti. |
Bahan Bantu Belajar: | Perisian e-mel seperti Gmail, Yahoo dan Hotmail. |
Penilaian pengajaran dan pembelajaran: | Murid boleh menceritakan langkah-langkah menghantar e-mel di akhir pembelajaran. |
Refleksi: | Seramai 25 orang murid boleh menghantar dan membalas e-mel tanpa masalah. Seramai 5 orang murid yang menghadapi kesukaran menggunakan fitur-fitur perisian e-mel untuk menghantar dan membalas emel. Murid tersebut akan mengulangi aktiviti menghantar dan membalas e-mel dengan bimbingan guru. |
RPH KSSR DST
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 1
Mata Pelajaran dan Kelas : Dunia Sains dan Teknologi Tahun Satu
Tema/ Tajuk : Sains Hayat /Tumbuhan
Masa : 2 waktu
1. Standard pembelajaran: 4.1.3, 4.1.4 dan 4.1.5
2. Objektif pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
l. membuat pemerhatian dan mengenal pasti ciri tumbuhan yang diperhatikan.
ll. menyatakan persamaan dan perbezaan bahagian satu tumbuhan dengan tumbuhan lain.
lll. membuat generalisasi ada bahagian tumbuhan yang sama dan ada bahagian tumbuhan yang berlainan.
3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
l. Murid di bawa ke luar bilik darjah untuk membuat pemerhatian dan mengenal pasti bahagian-bahagian pokok keembong dan membanding beza pokok keembong dengan pokok yang dipilih dengan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru.
ll. Murid diberi pengukuhan dengan menjawab soalan secara drag and drop menggunakan Teaching Couesrware Science Year 1 yang telah disediakan
4. Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
TMK, Kreativiti
5. Bahan Bantu Belajar:
Teaching courseware Science Year 1, tumbuhan di sekeliling sekolah
6. Penilaian pengajaran dan pembelajaran:
Menggunakan Lembaran Kerja 3 ms 85 (Modul p&p)
7. Refleksi:
l. 40 orang murid mencapai objektif pembelajaran 1 dan 2
ll. 30 orang murid mencapai objektif pembelajaran 3, 10 orang diberi bimbingan untuk menjawab Lembaran Kerja 3 ms 79 (Modul P&P).
RPH KSSR MATEMATIK
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Tanpa Program LINUS - Numerasi)
Mata Pelajaran dan Kelas : Matematik Tahun Satu Damai
Tema / Tajuk : Nombor Bulat Hingga 100
Masa : 60 minit
Standard Pembelajaran : 1.1 (i) (a), (i)(b), (i)(c)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Menyatakan kuantiti secara
a. Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek.
b. Membandingkan dua kumpulan secara padanan.
c. Pola berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
· Membezakan dua kumpulan objek banyak atau sedikit.
o Di luar bilik darjah
o Objek yang disediakan
o Kad gambar.
· Membuat padanan objek yang berbeza dari segi bentuk, warna dan saiz.
· Membina kumpulan objek dengan susunan objek yang pelbagai.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
· Kreativiti (pelbagai pola) pemerhatian, membanding, membeza dan memadan.
· Alam sekitar (pokok bunga).
Bahan Bantu Belajar:
Alat pembilang (Sida, guli, kerusi), tumbuhan dan objek sekeliling sekolah. Lembaran kerja.
Penilaian pengajaran dan pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.
Refleksi:
5 daripada 36 murid yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas akan datang.
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)
Mata Pelajaran dan Kelas : Matematik
Tema / Tajuk : Tambah
Masa : 60 minit
Standard Pembelajaran : 2.1 (i), (ii) dan (iii)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
a. Menyatakan pasangan nombor bagi kumpulan objek yang diberi.
b. Menyebut nombor bagi jumlah objek pasangan kumpulan yang diberi
c. Membina kombinasi dua nombor bagi jumlah objek yang diberi.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
Murid Perdana
· Perbincangan mengenai:
o Dua kumpulan objek
o Bilangan dua kumpulan objek yang disatukan
o Kad gambar yang menunjukkan dua kumpulan objek.
· Murid membina dua kumpulan objek dan menyebutkan jumlahnya.
· Murid bina kombinasi dua nombor berdasarkan satu kumpulan objek.
Murid LINUS (Numerasi)
· Soaljawab mengenai nilai lebih satu daripada suatu nombor
o Seorang murid masukkan sebiji bola ke dalam bakul.
o Soaljawab mengenai bilangan bola yang ada dalam bakul
o Masukkan lagi sebiji bola ke dalam bakul.
(aktiviti berterusan untuk bilangan yang lain pula)
· Bimbing murid menyebut lebih satu adalah nombor yang berikutnya.
· Tunjuk dan sebut nombor lebih satu adalah nombor berikut berdasarkan garis nombor.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
· Kreativiti (membina kumpulan objek, kombinasi dua nombor bagi satu kumpulan objek)
· Perbendaharaan kata merujuk situasi tambah.
Bahan Bantu Belajar:
Alat pembilang (Cip plastik, pensel, blok asas), kad gambar. Kad garis nombor.
Penilaian pengajaran dan pembelajaran :
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.
Refleksi:
90% murid mencapai objektif pembelajaran. Murid yang belum menguasai dibimbing melalui aktiviti pengukuhan.
FORMAT PENULISAN RPH KSSR BM
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA
Mata Pelajaran dan Kelas: | Bahasa Malaysia Tahun 2 Bestari |
Tema/Tajuk: | Kebudayaan - Makanan Kita |
Masa: | 7.30 – 8.30 pagi |
Standard Pembelajaran: | 1.4.4 / Literasi 3.2 |
Objektif Pembelajaran: | Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat; i. Bertutur untuk menyatakan permintaan dengan betul. ii. Bertutur untuk menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul secara bertatasusila. |
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran: | 1. Menuturkan ayat-ayat permintaan yang telah didengar daripada dialog. 2. Main peranan sebagai penjual dan pembeli. 3. Berbincang tentang cara yang betul membina ayat permintaan berdasarkan situasi. 4. Menulis ayat permintaan berdasarkan gambar, slaid powerpoint atau situasi pada komputer, papan tulis atau lembaran kerja. Aktiviti Literasi 1. Menyebut dan memahami frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang terdapat dalam ayat permintaan berdasarkan dialog. |
Elemen Merentas Kurikulum (EMK): | Nilai Murni – berbudi bahasa, jujur Keusahawanan – sikap dan pemikiran keusahawanan TMK – belajar melalui TMK |
Bahan Bantu Belajar: | Radio/komputer, slaid powerpoint gambar-gambar tunggal, kad gambar, lembaran kerja |
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran: | Murid menuturkan ayat-ayat permintaan berdasarkan gambar situasi atau slaid powerpoint yang dipaparkan. |
Refleksi: | 30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P. Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan. Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)