Pengenalan
Sekolah Kebangsaan Tanah Lalang (SKTL) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak
di Kampung Tanah Lalang, Bagan Datoh Perak. Jumlah keseluruhan pelajar ialah sebanyak 131 orang murid dan semua
beragama Islam. Oleh yang demikian, timbul keperluan kepada sebuah tempat
ibadat untuk kegunaan menjalankan aktiviti Agama dan J-Qaf. Buat masa sekarang,
surau hanyalah sebuah bilik darjah yang kecil dan tidak mampu menampung pelajar
yang ramai. Melihat kepada perlunya
sebuah tempat ibadah yang khusus dan selesa kepada semua pelajar, satu
jawatankuasa bertindak dilantik khusus bagi maksud mewujudkan sebuah surau baru
khas di dalam kawasan sekolah ini. Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan
sebuah tempat beribadah seperti surau yang sesuai bagi membangun dan
menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi tunjang dan
pedoman hidup pelajar Islam di sekolah ini. Kewujudannya juga akan menarik dan
menggalakkan individu Islam ke arah mendekatkan diri dengan agama di samping
memupuk dan membina akhlak yang baik.
Pembinaan Surau
Kebenaran
merancang dan membina Surau Kekal di dalam Sekolah Kebangsaan Tanah Lalang
telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan. Bangunan Surau ini akan
dilengkapi dengan ruang solat dan utiliti asas seperti tempat wuduk dan tandas.
Buat masa ini, dana yang terkumpul melalui sumbangan orang ramai belum
mencukupi untuk memulakan pembinaan surau ini. Secara keseluruhannya, kos
pembinaan Surau ini dianggarkan sebanyak RM 80, 000.00. Jawatankuasa Pembinaan
Surau Al Munawwarah masih berusaha mengumpulkan dana bagi memastikan pembinaan
Surau ini berjaya dan dapat dilengkapi dengan kemudahan asas.
Sumbangan
boleh dibuat dalam bentuk DERMA secara BANK TRANSFER, ONLINE BANK IN, CEK,
KIRIMAN WANG atas nama JAWATANKUASA
PEMBINAAN SURAU SK TANAH LALANG ( No. Akaun : 1-58208-0002991-3 , RHB ISLAMIC
BANK BERHAD)
No comments:
Post a Comment