Saturday 3 March 2012

Kekecewaan...



Perkara : Pertandingan Bola Sepak Daerah Hilir Perak.
Tarikh   : 3 Mac 2012
Tempat : Padang Majlis Bandaran Teluk Intan.

Bertempat di padang MPTI, pasukan SKTL telah mengambil bahagian dalam acara pesta bola sepak anjuran PPD Hilir Perak di bawah kelolaan SK Selabak..Pasukan sekolah telah diundi di dalam kumpulan E bersama-sama SK Dalarama, SK Degong, SK Bagan Pasir, SK Sg Buloh dan SJK (T) Sithambaram Pillay. Pelbagai pengalaman, suka dan duka telah terjadi sepanjang pertandingan tersebut. Keadaan padang yang kurang baik akibat hujan sehari sebelum hari pertandingan telah menganggu aksi semua pemain yang mewakili pasukan bola sepak sekolah masing-masing. Pasukan bola sepak sekolah kita tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya setelah tewas kepada pasukan dari sekolah lain. Namun ucapan tahniah harus diucapkan kepada semua pihak iaitu guru-guru dan murid-murid yang telah banyak berkorban demi SKTL yang tercinta.Semoga semua pelapis pasukan bola sepak SKTL beroleh pengalaman yang bakal dijadikan sandaran kemenangan pada tahun hadapan.